Banyakkan tanya soalan yang menjerumus jawapan YA.

 Dalam buku How to wins friend and Influence people ada 1 topik yang mengajarkan tentang sifat manusia yang cenderung suka dengan kita bila mereka lebih banyak berkata Ya dengan kita.

Maksud lain, kita tak perlu argue atau berdebat dengan orang tu sejak dari awal lagi sekiranya dia mengatakan sesuatu. Sebab bila dia dah tegas dalam prinsip dan kefahamannya, maka seluruh badan, cel atom dalam dirinya tidak akan bertukar pandangan dan pendapat, ditambah dengan pendebatan yang sudah semestinya dia akan mengatakan TIDAK dengan fakta yang kita akan katakan.

Tapi menariknya, seseorang itu akan suka dan bersetuju dengan kita bila kita membuatkannya berkata Ya dengan beberapa fakta yang dia setuju. Tapi kita perlu dulu setuju dan mengiyakan apa yang dia usulkan.

Contohnya kalau pelanggan kata saya tetap nak guna Celcom, sebab line kt sini stabil dengan celcom. Saya akan bersetuju "betul, memang kat sini stabil, semestinya sebab Celcom antara rangkaian terluas kat Malaysia kan?" Dia akan jawab "Ya"

Kat situ saya dah dapat Ya yang pertama dari dia. Dan seterusnya urusan insyaAllah lebih mudah. Hanya perlu katakan Onexox adalah MVNO yang menggunakan rangkaian Celcom, Onexox ada tempoh sah sim paling panjang 120 hari, onexox boleh hotspot data 100%, dan banyak lagi.

Post a Comment

Logo

Please contact Adzril to get the passcode.